Islam agama yang Syumul


Islam agama syumul(menyeluruh), mencakup semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan umat.  Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan.  Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman.  Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.
Keterangan
1.1       Islam adalah agama yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan.
Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh. Kerana Islam diturunkan untuk semua manusia. Ini jelas terbukti melalui firman Allah:
“ Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan”.
( Saba’: 28 )
Islam agama yang menyeluruh kerana ia menghukum seluruh urusan kehidupan manusia. Ia menghukum segala yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang berkaitan dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikanoleh firman Allah:
“ Tiadalah kami alpakan sesuatupun di dalam al-Kitab”  ( Al-An’am: 38 )
“ Untuk menjelaskan segala sesuatu”.    ( Al-Nahl: 89 )
Di atas dasar sifat-sifat Islam yang tetap dan tidak berubah inilah al-Mursyid Hasan al-Banna r.m. telah membicarakan asas yang pertama ini. Beliau bertujuan menjelaskan sebahagian daripada perkara-perkara yang terkandung dalam Islam. Penjelasan yang dibuat oleh al-Mursyid ini diperkukuhkan lagi oleh al-Quran; dalam al-Quran kita temui ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum, sembahyang, muamalat, kehakiman dan seterusnya.

0 comments: